Maksud Syair (Komsas Tingkatn 4). Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.
.
Syair Bidasari – Maksud Syair (Komsas Tingkatn 4)
Jamilah Hj Ahmad
Rangkap 1
Rangkap 1 syair ini mengisahkan riwayat seorang raja di desa Negeri Kembayat yang menjadi contoh teladan kepada rakyatnya.
Rangkap 2
Raja di desa Negeri Kembayat digambarkan sebagai seorang yang hebat dan bijaksana. Baginda juga berwajah tampan dan bersikap adil terhadap orang asing/pedagang.
Rangkap 3
Sebagai seorang raja yang hebat, baginda tidak pernah merasai kesusahan. Namun hal tidak dapat dijangka pada masa akan datang.
Rangkap 4
Raja kemudiannya beristeri dan tidak beberapa lama kemudian permaisuri baginda berbadan dua.
Rangkap 5
Setelah beberapa lama memerintah negara dalam keadaan aman damai, akhirnya bala menimpa dan baginda terpaksa meninggalkan kerajaannya.
Rangkap 6
Pada suatu hari, negeri baginda diserang oleh burung garuda hingga menyebabkan kemusnahan yang teruk.
Rangkap 7
Keadaan negara menjadi huru-hara dan semua rakyat lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Rangkap 8
Rakyat jelata datang menghadap raja mengkhabarkan suasana huru-hara dalam negara. Raja dengan perasaan marah menyatakan rasa terkejutnya.
.