Selamat Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

Share Kepada Kawan-Kawan > > >

Selamat Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

TITIPAN doa dan ucapan rakyat jelata mengiringi hari kelahiran ke-59 Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Di akaun Instagram Istana Negara misalnya, ucapan selamat hari lahir dititipkan oleh orang ramai yang mendoakan Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia serta dirahmati Allah SWT.

Permaisuri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  itu diputerikan pada Jumaat, 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru.

Astro AWANI ingin mengucapkan  selamat menyambut ulang tahun keputeraan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Astro AWANI ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun keputeraan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda merupakan puteri ketiga kepada pasangan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail bersama Almarhum Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.

Tunku Azizah yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris mempunyai empat orang adik-beradik.

Kekanda Tunku Azizah merupakan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar.

Tunku Azizah merupakan Raja Permaisuri Agong ke-16 dan Tengku Ampuan Pahang yang ke-5.

Pada 30 Julai lalu, telah berlangsung Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berlangsung dengan penuh kesantunan dalam suasana gilang-gemilang.

Sepanjang Istiadat Pertabalan itu, rakyat jelata memberikan tumpuan yang sepenuhya pada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/selamat-hari-keputeraan-raja-permaisuri-agong-214202
.