Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara (Soalan + Jawapan)

Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara (Soalan + Jawapan)

  • Nyatakan ciri-ciri perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap pertama.

F1 Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat

F2 Penentangan tidak berorganisasi

F3 Isu-isu kebudayaan/agama/hak peribumi menjadi faktor pencetus

F4 Dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat/Asia Barat

F5 Menekankan kesedaran politik

F6 Menuntut hak-hak dikembalikan

F7 Menuntut taraf hidup mereka dibaiki

F8 Tidak meminta kemerdekaan dengan segera

  • Pada pandangan anda, mengapakah gerakan nasionalisme di Asia Tenggara bertukar menjadi lebih radikal pada tahap kedua?

F1 Pihak penjajah gagal memenuhi tuntutan yang dibuat

F2 Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh penjajah

F3 Gerakan nasionalisme tahap pertama gagal

F4 Pemimpin ingin menuntut kemerdekaan

F5 Pemimpin ingin membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat

F6 Berasakan gerakan yang lebih radikal akan berjaya

  • (a) Senaraikan dua orang tokoh nasionalis di Filipina.
F1

F2

F3

F4

Jose Rizal

Andres Bonifacio

Emilio Aguinaldo

Sergio Osmena

  • (b) Nyatakan dua tuntutan yang diperjuangkan oleh nasionalis tahap pertama di Filipina.
F1

F2

F3

F4

Filipina dijadikan wilayah Sepanyol

Bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol

Bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara

Mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial

  • (c) Senaraikan dua tindakan yang telah diambil oleh pihak Sepanyol bagi menangani gerakan nasionalisme di Filipina
F1

F2

F3

F4

Menangkap Jose Rizal

Dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao

Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh

Memerangi gerakan nasionalisme

  • (d) Nyatakan ciri-ciri perjuangan Katipunan.
F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

F8

F9

Ditubuhkan oleh Andres Bonifacio

Memulakan gerakan radikal terhadap Sepanyol

Matlamatnya untuk menyatukan bangsa Filipina

Bertujuan mencapai kemerdekaan melalui revolusi Menjadikan Kalayan sebagai akhbar rasmi pertubuhan

1896 melancarkan pemberontakan /revolusi tetapi gagal

Menjadi lemah selepas Bonifacio dijatuhkan human bunuh

Dipimpin oleh Aguinaldo

Aguinaldo mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat

  • (a) Mengapakah kuasa imperialis Barat memperkenalkan sistem birokrasi moden di Asia Tenggara?

F1 Menguasai ekonomi negara yang dijajah

F2 Memudahkan penjajah memperkenalkan dasar-dasar ekonominya

F3 Mengambil alih peranan raja dan pembesar tempatan

F4 Menjaga kepentingan mereka di tanah jajahan

  • (b) Senaraikan dua ciri umum sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara.

F1 Penyatuan wilayah-wilayah menghasilkan Kerajaan Pusat

F2 Pentabdiran tanah jajahan diketuai oleh Gabenor Jeneral

F3 Pentadbiran dilaksanakan melalui biro

F4 Pegawai Barat dilantik sebagai ketua biro

F5 Pengenalan undang-undang Barat

  • (c) Nyatakan dua kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran tradisional

F1 Pentadbiran tradisional digantikan pentadbiran barat

F2 Institusi beraja terhapus

F3 Raja kehilangan kuasa

F4 Pembesar tempatan hilang pengaruh

F5 Undang-undang tempatan digantikan dengan undang-undang Barat

F6 Bahasa penjajah dijadikan bahasa rasmi pentadbiran

  • (d) Apakah perubahan pentadbiran yang berlaku di Tanah Melayu selepas pengenalan Sistem Birokrasi Barat oleh penjajah British?

F1 Penggabungan P.Pinang, Melaka dan Singapura menjadi Negeri-Negeri Selat

F3 Gabenor menjadi pemerintah tertinggi

F4 Residen kaunselor melaksanakan pentadbiran negeri

F5 Penghulu mengetuai pentadbiran kampong

F6 Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu melalui gabungan Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang

F7 Pengenalan Sistem Residen/Sistem Penasihat

F8 Bertanggungjawab menasihati sultan dalam semua perkara kecuali adat istiadat /agama Islam

F9 Gabenor Negeri-Negeri Selat berkuasa ke atas Residen/Penasihat British

F10 Pelaksanaan sistem kehakiman Barat

F11 Pelaksanaan system pengutipan cukai

F12 Pembahagian negeri kepada beberapa daerah

F13 Penubuhan balai polis

F14 Peranan raja-raja dan pembesar Melayu terjejas

  • (e) Pada pandangan anda, mengapakah generasi muda hari ini perlumempertahakan kedaulatan negara kita pada masa hadapan?

F1 Menjamin kestabilan politik

F2 Kemakmuran ekonomi

F3 Memelihara keharmonian

F4 Ke arah negara maju

F5 Memelihara perpaduan kaum

F6 Memelihara kebebasan dan keadilan untuk semua

F7 Melindungi warisan budaya bangsa

F8 Menjamin hak setiap warga negara

  • Berikan dua ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.
F1 Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
F2 Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
F3 Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
F4 Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
F5 Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda
 

F1

F2

F3

  • Nyatakan tugas encomiendero yang di perkenalkan oleh Sepanyol di Filipina

Menjaga keamanan

Mengutip cukai

Mengkristian penduduk barangay

 

F1

F2

  • Mengapakah Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk tempatan di Filipina

Sistem ini mengenakan cukai yang tinggi

Kerahan ttenaga kepada penduduk tempatan

 

F1

F2

F3

F4

F5

F6

  • Apakah bentuk ciri sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh Perancis di IndoCina

Penubuhan Union Indochinoise

Penubuhan kerajaan pusat

Rang undang-undang diluluskan oleh parlimen Perancis

Kerajaan tempatan membayar cukai

Menyediakan kerahan tenaga

Gabenor Jeneral mengetuai Union IndoCina

  • Apakah kesan pengenalan sistem birokrasi Barat di Burma

F1 Dinasti Konbaung berakhir

F2 Institusi raja tersingkir

F3 Jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat terhapus

F4 Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi

F5 Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887/Akta Perkampungan Burma 1889

F6 Melenyapkan sistem pentadbiran tradisional

F7 Pentadbiran daerah diketuai oleh Myo-ok/pegawai bandaran

F8 Pengenalan sistem undang-undang Barat

F9 Pengaruh golongan agama merosot

F10 Raja bukan lagi penaung sami Buddha

F11 Majlis Perundangan diperkenalkan

F12 Penubuhan Jabatan Perhutanan/Jabatan Kesihatan/Jabatan Pelajaran

  • Nyatakan perubahan pentadbiran yang berlaku di IndoChina di bawah penjajahan Perancis.

F1 Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral

F2 Bertanggungjawab terus kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris

F3 Pembentukan kerajaan pusat

F4 Penubuhan Union Indochinoise

F5 Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis

F6 Pentadbiran tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat

F7 Perlu membayar cukai kepada kerajaan pusat

F8 Menyediakan kerajaan tenaga

  • Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran tempatan di Asia Tenggara.

F1 – Penubuhan Kerajaan Pusat

F2 – Gabenor Janeral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai ketua pentadbir

F3 – Pelaksanaan pentadbiran melalui biro/jabatan

F4 – Pegawai-pegawai Barat ketua biro

F5 – Pengenalan undang-undang Barat

F6 – Pengenalan Sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendero di Filipina

F7 – Kemerosotan pentadbiran tradisional di Filipina

F8 – Kemerosotan kuasa datu/pembesar di Filipina

F9 – Pengenalan pentadbiran tempatan di Indonesia

F10 – Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
di Indonesia

F11 – Penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat di Indonesia)

F12 – Berakhir Dinasti Konbaung di Burma

F13 – Institusi raja tersingkir di Burma

F14 – Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus di Burma

F15 – Pengenalan Akta Kampong Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma

F16 – Pentadbiran tradisional diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran) di Burma

F17 – Semua rang undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis

F18 – Perkenalkan ‘Union Indochinoise’ di IndoChina

F19 – Pengenalan Sistem Residen dan Sistem Penasihat di Tanah Melayu

F20 – Perkenal sistem kehakiman Barat/ sistem pungutan cukai/ penubuhan balai polis di Tanah Melayu.

F21 – Pembentukan daerah-daerah di Tanah Melayu

  • Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara
 

F1

F2

F3

F4

F5

F6

Tahap pertama

Penentangan secara terbuka bersifat terbuka dan tidak berorganisasi

Mengemukakan isu –isu kebudayaan, agama dan hak peribumi

Dipimpin oleh golangan pertengahan berpendidikan barat dan Asia Barat

Pemimpin nasionalis menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik

Mereka menuntut hak mereka dikembalikan dan taraf hipup dibaiki

Tidak menuntut kemerdekaan dengan segera

Tahap kedua
F7

F8

F9

F10

F11

Gerakan nasionalisme yang lebih radikal melakukan penentangan secara revolusi

Berorganisasi melalui penubuhan politik dianggotai oleh rakyat

Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan dan berpengetahuan luas dalam kebudayaan dan ilmu pengetahuan barat

Mempunyai matlamat yang lebih jelas

Menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat

  • Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di Thailand
F1

F2

F3

F4

 

F5

F6

F7

F8

F9

F10

Tahap pertama

Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja

Menentang raja berkuasa mutlak

Perkembangan sistem pendidikan Barat

Pendidikan memberi pendedahan terhadap fahaman liberal, demokrasi, dan sistem raja berperlembagaan

Muncul golongan intelek

Kelemahan sistem pentadbiran

Dan sikap boros Raja Vajiravudh

Menyebabkan rakyat tidak berpuas hati

Rakyat menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan revolusi Thai

Menamatkan sistem berkuasa kutlak

F11

F12

F13

F14

F15

F16

F17

Tahap kedua

Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan Cina

Perdana Menteri Phibul Songgram meluluskan undang-undang

Menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina

Membubarkan sekolah dan akhbar Cina

Menggalakkan peribumi melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi

Mengenakan syarat jawatan tinggi kerajaan hanya untuk penganut Buddha

Pada tahun 1939, Phibul Songram menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas

 

 

F1

 

F2

F3

F4

F5

F6

F7

  • Pada pandangan anda, bagaimanakah kuasa Barat menangani gerakan nasionalismeradikal di Asia Tenggara?

Menangkap pemimpin radikal seperti Soekarno di Indonesia dan Jose Rizal di Filipina

Membuang negeri penentang seperti Jose Rizal

Dikenakan hukuman mati seperti Jose Rizal dan Emilio Aguilnaldo di Filipina

Mengharamkan parti-parti politik radikal seperti Parti Nasional

Indonesia di Indonesia dan Viet Nam Quang Phu Hoi(VNQPH) di Indochina

Membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana seperti tindakan Amerika di Filipina

Di penjarakan seperti Soekarno dipenjarakan oleh Belanda pada tahun 1929 -1931

  • Huraikan pemodenan pentadbiran ( Sistem Birokrasi moden) yang diperkenal oleh pemerintah Thailand.
  • F1 Perubahan oleh Raja Mongkut
  • H1a Melantik 80 orang Penasihat Barat
  • H1b Untuk mengetuai pelbagai jabatan
  • H1c Melatih pegawai-pegawai tempatan
  • C1c Penasihat dari Britain dalam bidang kewangan/pelabuhan/polis
  • C1c Penasihat dari Amerika Syarikat dalam bidang Kastam
  • C1c Penasihat dari Perancis dalam bidang ketenteraan
  • F2 Perubahan Raja Chulalongkorn
  • H2a Pengenalan Majlis Penasihat Rendah
  • H2b Majlis Mesyuarat Tertinggi
  • H2c Kabinet Menteri
  • H2d Juruaudit dari Britian untu berkhidmat dalam perbendaharaan Negara
  • F3 Muncul golongan pentadbir baru dalam birokrasi moden
  • H3a Berdasarkan tahap pendidikan mereka
  • F4 Sistem Raja Berperlembagaan menggantikan Raja Berkuasa Mutlak pada tahun 1932
  • H4a Mengurangkan pengaruh kuasa pembesar/institusi raja
(a)
  • Namakan tokoh yang terlibat dalam gerakan nasionalisme di Thailand
F1 Nai Pridi Panomyong
F2 Field Marshall Phibul Songram
(b)
  • Berikan dua sebab berlakunya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand
F1 Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
F2 Penentangan rakyat terhadap raja berkuasa mutlak
F3 Perkembangan sistem pendidikan Barat
F4 Golongan intelek didedahkan kepada fahaman liberal
F5 Perkembangan sistem demokrasi
F6 Pengetahuan mengenai raja berperlembagaan
F7 Kelemahan sistem pentadbiran
F8 Sikap boros Raja Vajiravudh
(c)
  • Apakah kesan gerakan nasionalisme tahap pertama tersebut ?
F1 Penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram
F2 Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thailand
F3 Tamat sistem raja berkuasa mutlak
(d)
  • Nyatakan tindakan Perdana Menteri Thailand untuk mengatasi rasa tidak puas hati rakyat dalam gerakan nasionalisme tahap kedua
F1 Meluluskan undang-undang menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina
F2 Membubarkan sekolah Cina
F3 Membubarkan akhbar Cina
F4 Menggalakkan penduduk pribumi melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
F5 Menetapkan jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
F6 Menukar nama Siam kepada Thailand bermaksud Tanah Bebas
F7 Bekerjasama dengan Jepun dalam Perang Dunia Kedua
F8 Memperoleh semula wilayah-wilayah di Indo-China dan Tanah Melayu
(e)
  • Pada pandangan anda, mengapakah negara Thailand tidak pernah dijajah sehingga kini?
F1 Dasar buka pintu
F2 Pemodenan dalam pentadbiran
F3 Kerjasama dengan Jepun
F4 Memperkenalkan birokrasi Barat
F5 Raja Mongkut/ Raja Chulalongkorn melantik 80 orang penasihat Barat
F6 Penasihat Barat ketua pelbagai jabatan
F7 Penasihat kewangan/ pelabuhan/ polis dari Britain
F8 Penasihat kastam/ ketenteraan dari Amerika Syarikat/ Peranchis
F9 Melatih pegawai-pegawai tempatan mentadbir
F10 Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah/ Majlis Mesyuarat Tertinggi/ Kabinet Menteri
F11 Melantik juruaudit dari Britain untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara
F12 Memperkenalkan sistem raja perlembagaan menggantikan raja berkuasa mutlak

.