Puisi Tradisional Sang Gembala Kuda : Maksud (Komsas BM Tingkatan 4). Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.
.
Antologi Kulit Kajang dari Istanbul : Puisi Tradisional Sang Gembala Kuda – Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4 (SPM) (Mohd Hashim Othman)
MAKSUD Puisi Tradisional
Rangkap |
Maksud |
1 |
Seorang penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda dengan penyebat masuk ke dalam kandang |
2 |
Dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang menjadikan kuda sentiasa setia.kuda ini tidak sedar dijadikan tunggangan untuk memburu kuda lain. |
3 |
Penjaga kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Namun ada seseorang yang berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa. |
4 |
Penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggang.Dia juga hanya mahu kuda yang boleh membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.semua kudanya terus ditunggangi tanpa belas kasihan. |
.