Sajak Erti Hidup Bererti : Tema dan Persoalan (Komsas BM Tingkatan 5). Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.
.
Antologi Sejadah Rindu : Sajak Erti Hidup Bererti – Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 5 (SPM) (Teo Wei Sing)
TEMA
Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri.
Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Namun begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hatinya masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.
PERSOALAN
- Kasih sayang seorang ibu
Contoh: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil
- Berbakti kepada ibu
Contoh: anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka
- Kebahagiaan hidup ialah impian semua orang
Contoh: harapan seorang ibu agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada hari tuanya
- Tanggungjawan seorang anak
Contoh : anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya
5 Kekuasaan Tuhan
Contoh : ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan
.