Maksud Gurindam (Komsas Tingkatan 4). Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.
.
Puisi Tradisional (Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga ) : Maksud Gurindam (Komsas Tingkatan 4)
RANGKAP | MAKSUD |
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita. |
Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh tuhan |
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping. |
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian. |
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah. |
Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya |
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan. |
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita. |
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh. |
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang. |
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat. |
Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. |
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi. |
Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat. |
.