Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1)

Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1). Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.

.

Novel Pelari Muda : Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1) (Ghazali Ngah Azia) 

PENGAJARAN :

1. Kita hendaklah melahirkan rasa syukur jika memperoleh sesuatu kejayaan atau anugerah contohnya Kamarul melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT apabila memperoleh pingat emas dan memecah rekod baharu dalam acara 100 meter di Sukan SEA.

2. Kita perlu mempunyai semangat patriotism

contohnya Kamarul menganggap kemenangannya memperoleh pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk negara.

3. Kita sewajarnya mempunyai perasaan kasih sayang

contohnya Mak Jah mengambil berat kesihatan dan keselamatan anaknya Kamarul yang dibuktikan dengan menjaga anaknya di hospital selamat empat hari gara-gara dilanggar kenderaan.

4. Kita sepatutnya menghargai jasa

contohnya Kamarul memberi cenderamata kepada atlet Filipina, De Wega yang banyak memberi nasihat dan dorongan sehari sebelum pertandingan dijalankan sehinggakan dia meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter.

5. Kita seharusnya mempunyai keberanian menghadapi cabaran

contohnya Kamarul berani menghadapi cabaran walaupun pada peringkat awal dia tidak yakin dapat menggondol pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter kerana menyedari tahap kecergasannya yang belum pulih. Namun sebagai jurulatih, Encik Kadir tetap yakin Kamarul mampu menggondol pingat tersebut dan akhirnya keyakinan Encik Kadir menjadi kenyataan.

.