Novel Hempasan Ombak : Nilai Murni dan Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 3)

Novel Hempasan Ombak : Nilai Murni dan Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 3). Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.

.

Novel Hempasan Ombak : Nilai Murni dan Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 3) 

NILAI MURNI :

1. Kesederhanaan

  • contohnya Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika makan tengah hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa memilih makan di warung biasa, bukan di hotel.

2. Kasih sayang

  • contohnya Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Disebabkan anak-anaknya yang lain ada masalah; Lotfi sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya; Farhan meninggal dunia juga akibat kemalangan jalan raya; dan Hanisyah (15 tahun) serta Hisyam (12 tahun) yang masih terlalu muda, maka tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara diserahkan kepada Farid. Farid pula tidak membantah cadangan tersebut. Malah, Farid amat menyayangi perhubungannya dengan Zuraidah sehinggakan timbulnya perasaan cinta dalam hatinya.

3. Baik hati

  • contohnya Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul lebih 10 tahun berasa terhutang budi kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan telah bersikap murah hati membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi menerangkan tentang perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali.

4. Rasional

  • contohnya ketika bengkel dijilat api, Farid hanya melihat sahaja setelah berusaha memadamkan kemaraan api dengan menggunakan pemadam api kerana memikirkan banyak tong gas di dalam bengkel itu. Dia menyerahkan tanggungjawab memadamkan api kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional yang datang untuk memutuskan bekalan elektrik. Apabila pekerjanya tiba, Farid mengarahkan pekerja batik asli bekerja seperti biasa kerana tidak mahu moral pekerjanya terjejas.

5. Semangat bermasyarakat

  • contohnya ketika perasmian bengkel baharu untuk kerja membuat batik moden, Farid telah mengundang 200 orang penduduk kampung untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat. Hasilnya, jiran tetangga segera datang untuk membantu apabila bengkel tersebut terbakar.

6. Kerajinan

  • contohnya Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga. Dia juga rajin bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan Zuraida.

PENGAJARAN :

1. Kita perlu bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan

  • contohnya Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika makan tengah hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa memilih makan di warung biasa, bukan di hotel.

2. Kita hendaklah memiliki sikap kasih sayang terhadap keluarga dan orang lain

  • disebabkan anak-anaknya yang lain ada masalah; Lotfi sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terfibat dalam kemalangan jalan raya; Farhan meninggal dunia juga akibat kemalangan jalan raya; dan Hanisyah (15 tahun) serta Hisyam (12 tahun) yang masih terlalu muda, maka tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara diserahkan kepada Farid. Farid pula tidak membantah cadangan tersebut. Malah, Farid amat menyayangi perhubungannya dengan Zuraidah sehinggakan timbulnya perasaan cinta dalam hatinya.

3. Kita mestilah bersikap baik hati dengan membantu orang yang memerlukan

  • contohnya Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul lebih 10 tahun berasa terhutang budi kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan telah bersikap murah hati membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi menerangkan tentang perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali.

4. Kita sewajarnya bertindak rasional jika menghadapi sesuatu masalah

  • contohnya ketika bengkel dijilat api, Farid hanya melihat sahaja setelah berusaha memadamkan kemaraan api dengan menggunakan pemadam api kerana memikirkan banyak tong gas di dalam bengkel itu. Dia menyerahkan tanggungjawab memadamkan api kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional yang datang untuk memutuskan bekalan elektrik. Apabila pekerjanya tiba, Farid mengarahkan pekerja batik asli bekerja seperti biasa kerana tidak mahu moral pekerjanya terjejas.

5. Kita mestilah mengamalkan semangat bermasyarakat

  • contohnya ketika perasmian bengkel baharu untuk kerja membuat batik moden, Farid telah mengundang 200 orang penduduk kampung untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat. Hasilnya, jiran tetangga segera datang untuk membantu apabila bengkel tersebut terbakar.

6. Kita hendaklah rajin ketika menjalankan tugas