Tema dan Persoalan (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1)

Novel Destinasi Impian : Tema dan Persoalan (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1)

Tema :

Novel ini bertemakan cabaran yang dihadapi berikutan cabaran generasi lama yang mengatakan bahawa generasi kini tidak bersemangat seperti mereka. Firdaus, Azlina, dan Johari menyahut cabaran datuk mereka untuk melakukan ekspedisi berbasikal dari Kalng ke Pantai Morib. Mereka menghadapi pelbagai cabaran untuk sampai ke destinasi mereka di Pantai Morib seperti yang pernah dilakukan oleh datuk mereka.

Persoalan :

  • Keprihatinan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan.
  • Pertelingkahan antara abang dengan adik.
  • Sanggup menyahut cabaran.
  • Sikap suka merendahkan kebolehan orang lain.
  • Keinginan untuk merubah sikap abang ke arah kebaikan.
  • Harapan seorang yang bergelar abang.
  • Sikap tidak bertanggungjawab seorang abang.
  • Semangat perjuangan yang tinggi.
  • Kepuasan dalam diri.
  • Melupakan jasa orang yang pernah menolong.

.