Nilai dan Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1)

Nilai dan Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1). Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.

.

Novel Destinasi Impian : Nilai dan Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1)

 

Nilai :

  • Cinta akan bahasa kebangsaan – Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
  • Keberanian – Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.
  • Keprihatinan – Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari basikalnya.
  • Bertanggungjawab – Johari dan Azlina rasa bertanggungjawabuntuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
  • Semangat setia kawan – Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

Pengajaran :

  • Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.
  • Kita janganlah menghina sesama sendiri.
  • Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
  • Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
  • Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
  • Kita janganlah bercakap bohong.

.