Nilai-Nilai Moral dan Huraian Untuk Nilai

Nilai-Nilai Moral dan Huraian Untuk Nilai. Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.

.

NILAI-NILAI MORAL DAN HURAIAN UNTUK NILAI

 

Bil Nilai Huraian
1 Kepercayaan kepada Tuhan ·         Mematuhi ajaran Tuhan

·         Mengamalkan ajaran agama

·         Menuruti tuntutan agama

·         Mempunyai pegangan agama yang kukuh

·         Bertindak mengikut ajaran agama

2 Amanah ·         Mengamalkan  sikap yang boleh dipercayai  oleh orang lain dalam menjalankan tanggungjawab diberi

·         Bersifat jujur

3 Harga Diri ·         Menjaga nama baik/imej diri

·         Menjaga nama baik/imej keluarga

·         Mengharumkan nama…

4 Bertanggungjawab ·         Menjalankan kerja/tugas yang diberi dengan baik

·         Memainkan peranan sebagai… dengan baik

·         Menjaga kebajikan …

·         Tahu peranan…ialah …

·         … diurus dengan baik

5 Hemah Tinggi ·         Berbudi bahasa

·         Besikap bersopan santun

·         Berperibadi mulia

·         Berakhlak baik

·         Menjaga imej diri…agar tidak dipandang serong

6 Toleransi ·         Mengawal perasaan/emosi

·         Besikap sabar dan tenang

·         Bersikap liberal

·         Tidak bertindak terburu-buru

7 Berdikari ·         Tidak mengharapkan bantuan …

·         Melakukan tugas/perkara dengan sendiri

8 Kerajinan ·         Tidak mudah putus asa

·         Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh  dalam … untuk mencapai kejayaan

·         Berupaya menghadapi cabaran dan rintangan dengan semangat yang kuat

9 Kasih Sayang ·         amat menyayangi …

·         Mengambil berat terhadap…

·         Berperasaan sayang yang kekal abadi

·         Prihatin terhadap…

10 Keadilan ·         Tidak pilih kasih terhadap…

·         Mengambil tindakan yang sama terhadap kedua-dua pihak tanpa mengira/dipengaruhi oleh pangkat dan keturunan

·         Membuat keputusan yang tidak menyebelahi satu pihak sahaja

11 Rasional ·         Memikirkan kesan/akibat/implikasi…

·         Boleh membuat pertimbangan yang baik dengan …

·         Berfikir sebelum bertindak

·         Mengambil kira …

·         Menimbangkan kesan positif…

·         Ambil tindakan/langkah terbaik dengan mengambil kira…

12 Kesederhanaan ·         Bersikap tidak melampau dalam…

·         Tidak mengabaikan kebajikan /perasaan/diri dan orang lain

·         Tidak bercakap/ bertutur keterlaluan

·         Tidak bertindak di luar batasan

13 Kasih Sayang terhadap keluarga ·         Menyayangi anggota keluarga

·         Sayangi anggota keluarga dengan kekal abadi

·         Berperasaan amat menyayangi/mencintai  anggota keluarga

·         Terus menyayangi…

14 Hormat dan taat kepada anggota keluarga ·         Sanjungi setiap anggota keluarga

·         Memberi layanan yang baik terhadap anggota keluarga

·         Mempunyai hubungan yang mulia/baik dengan anggota keluarga

·         Menghargai…

15 Mengekalkan tradisi kekeluargaan ·         Menerima warisan/amalan yang diwarisi keluarga

·         Menghormati adat resam keluarga

·         Mengamalkan adat resam dan pantang larang nenek  moyang

16 Tanggungjawab terhadap keluarga ·         Peranan terhadap keluarga yang harus dilaksanakan oleh setiap anggota keluarga

·         Untuk mewujudkan keluarga sejahtera /menjaga nama baik keluarga

·         Berasa gembira dapat…

17 Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar ·         Sedar kepentingan menjaga alam sekitar

·         Tidak mengugat/mengancam kepentingan ekosistem

·         Tidak memusnahkan/merosakkan flora dan fauna

·         Habitat haiwan dan tumbuhan tidak musnah/pupus

·         Menjaga alam sekitar…

·         Membaikpulih alam sekitar

18 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar ·         Menjaga hubungan yang baik/sejahtera antara manusia dan alam

·         Menjaga kualiti kehidupan  antara manusia dan alam

·         Kekalkan flora dan fauna

19 Kemapanan Alam Sekitar ·         Memikul tugas bersama bagi mengekalkan keseimbangan alam sekitar

·         Menjaga alam secara maufakat

·         Bekerjasama bagi menjaga alam sekitar

·         Memainkan peranan secara bersemangat berpasukan bagi memelihara alam sekitar

·         Memelihara hutan simpanan

·         Memastikan ekosistem terpelihara

·         Peranan semua pihak menjaga alam sekitar

20 Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar ·         Mengambil berat masalah alam sekitar

·         Berganding bahu menyelesaikan masalah alam sekitar

·         Sedar masalah yang berlaku

·         Berusaha menangani masalah yang berlaku

21 Cinta akan Negara ·         Menyayangi dan kagum terhadap negara

·         Mengutamakan kepentingan negara

·         Menyokong usaha/program negara

·         Cinta yang tidak berbelah bahagi terhadap negara

22 Taat Setia kepada Raja dan Negara

 

·         Mengutamakan raja dan negara

·         Menurut/ Menjunjung perintah raja dan negara

·         Patuh kepada raja dan negara

23 Sanggup berkorban untuk Negara ·         Sanggup menggadai nyawa untuk negara

·         Mencurah bakti kepada negara

·         Bersedia berkhidmat/memberi sumbangan kepada negara

24 Melindungi Hak kanak-kanak ·         Menegakkan hak kanak-kanak

·         Menjaga hak kanak-kanak

·         Memastikan keperluan kanak-kanak dipelihara

·         Menjamin keselamatan kanak-kanak

25 Menghormati Hak Wanita ·         Menjaga hak wanita

·         Menghargai sumbangan wanita

26 Melindungi hak pekerja ·         Memelihara hak pekerja

·         Menjaga hak pekerja

·         Menjaga kebajikan golongan pekerja

27 Menghormati hak golongan kurang berupaya

 

·         Menjaga hak golongan kurang berupaya

·         Memberi layanan yang baik kepada golongan kurang berupaya

·         Tidak memandang serong/rendah golongan kurang berupaya

·         Tidak pinggir golongan kurang berupaya

·          Menghargai golongan kurang berupaya

28 Melindungi hak pengguna ·         Menegakkan hak pengguna

·         Menjaga kebajikan pengguna

·         Memastikan pengguna tidak ditindas oleh pengeluar

·         Menjaga hak pengguna agar tidak ditindas

29 Mematuhi peraturan dan undang-undang ·         Akur dengan peraturan dan undang-undang

·         Tidak melanggar peraturan dan undang-undang

·         …adalah salah di sisi undang-undang

·         …agar tidak dikenakan tindakan demerit/rotan/penjara/denda wang

30 Kebebasan bersuara ·         Bebas mengeluarkan kata-kata dengan batasan

·         Bebas memberi idea dengan batasan/syarat

·         Mengemukakan pendapat dengan batasan/syarat

·         Bebas bercakap/berhujah dengan syarat

 

31 Kebebasan beragama ·         Bebas memilih agama yang dianuti

·         Bebas mempraktikkan agama yang dianuti

·         Bebas melibatkan diri dalam akiviti keagamaan yang dianuti

32 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara ·         Melibatkan diri/menyertai program pembangunan negara

·         Menyokong program/aktiviti pembagunan negara

33 Sikap keterbukaan ·         Berlapang dada dalam menerima kritikan/pandangan

·         Menerima pendapat dengan hati yang terbuka

34 Hidup bersama secara aman ·         Hidup secara aman damai/harmoni antara satu sama lain

·         Mementingkan  kesejahteraan dan kedamaian hidup

·         Tiada pertelingkahan /perbalahan/ konflik/ pergaduhan/ peperangan

·         Tidak bertelagah dengan negara lain

·         Memastikan keamanan sejagat

35 Saling membantu dan bekerjasama ·         Tolong- menolong antara satu sama lain

·          Bermuafakat

36 Saling menghormati antara negara ·         Menjalinkan hubungan yang baik antara negara

·          Mempunyai hubungan diplomatik yang baik antara negara

·         Mementingkan hubungan diplomatik antara negara

·         Mengekalkan hubungan baik