Latihan Sistem Bahasa 12 (4) – Soalan Kata Ganda

Latihan Sistem Bahasa 12 (4) – Soalan Kata Ganda. Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.

.

Latihan Sistem Bahasa 12 (4) – Soalan Kata Ganda

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

 

31 Ayam itu _________ tanah untuk mencari makanan.

A menyapu-nyapu C mengais-ngais

B mengikis-ngikis D mengait-ngait

 

32 Abang Hakimi berenang ke arah seorang kanak-kanak yang ______ di pantai itu.

A termengah-mengah C tergapai-gapai

B tergagau-gagau D tersedu-sedu

 

33 Beg tiruan yang dibeli oleh kakak _______ beg berjenama terkenal.

A sedalam-dalam C secepat-cepat

B sedapat-dapat D seakan-akan

 

34 Puan Ratna ________ dengan tetamu yang datang ke rumahnya.

A berbeza-beza C berbual-bual

B berdecit-decit D berbelit-belit

 

35 Wajah Poh Ru kelihatan _________ walaupun usianya sudah 25 tahun.

A kemerah-merahan C kegelap-gelapan

B kebarat-baratan D keanak-anakan

 

36 Sarung bantal yang ______ itu dijahit oleh ibu saya.

A berbunga-bunga C bersegi-segi

B berkepul-kepul D berliku-liku

 

37 Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ________ bantuan makanan dan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir itu.

A membanding-bandingkan

B membesar-besarkan

C membeza-bezakan

D mengagih-agihkan

 

38 Rumah Puan Dewi yang terletak di Taman Angsana itu _________ dengan rumah Puan Chong.

A bersebelah-sebelahan C beriring-iringan

B bercakar-cakaran D berdua-duaan

 

39 Adila ________ balasan e-mel daripada abangnya yang sedang menuntut di luar negara.

A terpandang-pandang C terhenti-henti

B terbayang-bayang D ternanti-nanti

 

40 Adik ________ tangannya yang gatal akibat digigit nyamuk.

A menggapai-gapai C memukul-mukul

B menggaru-garu D menarik-narik

 

Jawapan

31C

32C

33D

34C

35D

36A

37D

38A

39D

40B

.