Latihan Sistem Bahasa 12 (3) – Soalan Kata Ganda. Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.
.
Latihan Sistem Bahasa 12 (3) – Soalan Kata Ganda
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
21 Nenek menadah air hujan yang ________dari atap rumah yang bocor itu dengan besen.
A menyembur-nyembur C mencurah-curah
B mengulang-ulang D menitik-nitik
22 Janet ________ keletihan selepas berlari tiga pusingan di padang sekolahnya.
A tercungap-cungap C tersedu-sedu
B teresak-esak D terbuai-buai
23 Jalur Gemilang _______ di setiap rumah sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
A bergerak-gerak C berkibar-kibar
B berkipas-kipas D berbuai-buai
24 Dahlia ________ sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.
A tercengang-cengang C terbawa-bawa
B terbayang-bayang D tercari-cari
25 Anita ketawa ________ apabila menonton rancnagan komedi kegemarannya.
A berdentang-dentang C berdekah-dekah
B berderai-derai D berdolak-dalik
26 Nasihat yang diberi oleh penceramah motivasi itu masih _________ di telinga saya.
A terkenang-kenang C terngiang-ngiang
B terbayang-bayang D teringat-ingat
27 Felicia _______ bunga yang diletakkan di atas meja itu supaya kelihatan segar.
A memercik-mercik C merenjis-renjis
B mencium-cium D memilih-milih
28 Sudah _______ ayah membeli telefon bimbit itu tetapi masih belum tahu menggunakannya.
A bergunung-gunung C berhari-hari
B bergesa-gesa D beria-ia
29 Muka aida ______ bagai udang dibakar kerana kepanasan.
A kekuningan-kuningan C kehijau-hijauan
B kemerah-merahan D kebiru-biruan
30 Emran berjalan _________ kerana kakinya terseliuh semasa bermain bola sepak.
A terhuyung-hayang C terkedek-kedek
B terlompat-lompat D terhincut-hincut
Jawapan
21D
22A
23C
24A
25C
26C
27C
28C
29B
30D
.