Latihan Sistem Bahasa 12 (2) – Soalan Kata Ganda

Latihan Sistem Bahasa 12 (2) – Soalan Kata Ganda. Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.

.

Latihan Sistem Bahasa 12 (2) – Soalan Kata Ganda

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

 

11 Dhiya _______ kegirangan apabila memenangi pertandingan reka cipta di sekolahnya.

A melompat-lompat C melaung-laung

B melambai-lambai D meleret-leret

 

12 Adik ________ apabila ayah tidak membenarkannya mengikuti perkhemahan di Janda Baik.

A melompat-lompat C merungut-rungut

B melayang-layang D menari-nari

 

13 Jason tidur _______ semasa di dalam domuter kerana terlalu letih.

A tersengguk-sengguk C terputus-putus

B tersangkut-sangkut D tersedu-sedu

 

14 “Jangan suka _______ membuat sesuatu kerja, nanti kamu yang akan rugi,” nasihat ibu kepada saya.

A bertangguh-tangguh C berselang-seli

B bersimpang-siur D bertalu-talu

 

15 Ibu meminta adik mengemas alat mainannya yang ______ di ruang tamu.

A bersepah-sepah C berselang-seli

B bersusun-susun D bertalu-talu

 

16 Imran sering ________ apabila diminta membayar yuran persatuan.

A bertanya-tanya C berdolak-dalik

B bersama-sama D berliku-liku

 

17 Kumpulan Anggerik ________ menyiapkan model penapis air untuk merebut gelaran juara pertandingan reka cipta.

A bertungkus-lumus C berubah-ubah

B berulang-alik D berlari-lari

 

18 Puan Azibah sering ________ juadah dengan jirannya terutama sekali pada bulan puasa.

A bertingkah-tingkah C bertukar-tukar

B berselang-seli D berturut-turut

 

19 Saya dan kakak sering ________ di taman pada waktu petang.

A bersungguh-sungguh C bersiap-siap

B berpusing-pusing D bersiar-siar

 

20 Telefon di atas meja itu _________ tetapi tiada sesiapa pun yang mengendahkannya.

A berdentum-dentum C berdering-dering

B berdesing-desing D berdekah-dekah

 

Jawapan

10D

11A

12C

13A

14A

15A

16C

17A

18C

19D

20C

.