Latihan Sistem Bahasa 12 (1) – Soalan Kata Ganda

Latihan Sistem Bahasa 12 (1) – Soalan Kata Ganda. Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.

.

Latihan Sistem Bahasa 12 (1) – Soalan Kata Ganda

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

 

1 ________ penonton datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia.

A Berduyun-duyun C Bertalu-talu

B Berbakul-bakul D Bertubi-tubi

 

2 Puan Salina tidak suka ________ walapun semua anaknya berjaya dalam kerjaya.

A bermegah-megah C berbunyi-bunyi

B bercakap-cakap D beringat-ingat

 

3 Guru besar tidak ________untuk mengenakan tindakan disipin terhadap murid yang selalu ponteng sekolah itu.

A terhegeh-hegeh C teragak-agak

B terbawa-bawa D tercari-cari

 

4 Pasar raya itu menjual _______ jenis barangan keperluan dapur dan juga pakaian.

A berpinggan-pinggan C berpotong-potong

B berlonggok-longgok D berbagai-bagai

 

5 Richard ke sekolah dengan ______ kerana dia terlambat bangun daripada tidur.

A tercengang-cengang C tergesa-gesa

B terhegeh-hegeh D tercari-cari

 

6 Farid makan ______ nasi kerana terlalu lapar.

A berpinggan-pinggan C berbulan-bulan

B berdozen-dozen D beribu-ribu

 

7 Wahida ______ kucing kesayangannya selepas pulang dari sekolah.

A mengusap-usap C mencubit-cubit

B memicit-micit D mengurut-urut

 

8 Semangat saya untuk berjaya semakin _______ selepas mengikuti kem motivasi itu.

A berkobar-kobar C berkilau-kilau

B berkibar-kibar D berkelip-kelip

 

9 Puan Salha _________ hendak menambah satu lagi cawangan kedai keknya di Kuantan.

A berebut-rebut C berkata-kata

B berpura-pura D berkira-kira

 

10 Diana menangis ________ apabila mendapati namanya tidak tersenarai untuk mewakili sekolah dalam acara bola jaring.

A tersengguk-sengguk C tergapai-gapai

B tersenyum-senyum D teresak-esak

 

Jawapan

1A

2A

3C

4D

5C

6A

7A

8A

9D

10D

.