G-TQK2M9372S

Latar Tempat (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1)

Latar Tempat (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1). Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.

.

LATAR TEMPAT :     

1. Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan

  • iaitu sebuah bilik yang menjual beraneka barang untuk kegunaan murid. Di tempat itulah Razali dan rakan-rakan bertugas menjaga dan menguruskan kedai sehinggalah koperasi tersebut terpilih sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan.

2. Rumah di pinggir sawah

  • iaitu rumah keluarga Razali yang didiami oleh ibunya, Mak Sopiah dan bapa tirinya, Pak Zakaria.

3. Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya

  • iaitu sebuah tempat yang dikunjungi oleh Razali selama seminggu untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan koperasi.

4. Sebuah pondok di tengah sawah

  • iaitu tempat yang selalu dikunjungi oleh Razali untuk mengulang kaji pelajaran secara sendirian atau bersama dengan rakan-rakannya.

.