“Kisah Seorang Biduan saya suka” – Agong berkenan ziarah jenazah Dahlan Zainuddin

Share Kepada Kawan-Kawan > > >

“Kisah Seorang Biduan saya suka” – Agong berkenan ziarah jenazah Dahlan Zainuddin. Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.

.

“Kisah Seorang Biduan saya suka” – Agong berkenan ziarah jenazah Dahlan Zainuddin

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah penyanyi popular era 70-an Datuk Dahlan Zainuddin di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan itu meninggal dunia pada pukul 9.48 malam Selasa di Hospital Selayang.

Baginda tiba kira-kira jam 9.33 pagi dan turut menunaikan solat jenazah bersama-sama keluarga terdekat Allahyarham dan rakan-rakan artis yang hadir.

Dalam pada itu, Yang Di-Pertuan Agong bertitah agar keluarga Allahyarham bersabar dan menerima kehilangan dengan penuh redha.

GAMBAR Astro AWANI

Baginda menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air.

Titah baginda, penggiat seni tanah air perlu mencontohi sikap yang dimiliki oleh Allahyarham.

“Dia memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan saya harap ramai lagi lah yang dapat mencontohi dia untuk menaikkan nama artis dan lagu-lagu dia boleh didengarkan.

“Kisah Seorang Biduan (lagu kegemaran) saya suka. Itu mencerminkan macam mana zaman muda dulu lah pergi dari desa ke bandar (untuk) berhijrah,” titah baginda ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Baginda menyifatkan kehilangan Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air. GAMBAR Astro AWANI/SHAHIR

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor, hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Dahlan, 78, dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat serangan strok, Sabtu lepas, yang merupakan serangan strok kedua selepas yang pertama pada tahun 2016 yang mengakibatkan Allahyarham lumpuh sebelah kiri.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Effa Rizan dan tiga anak iaitu Natasha Idha, Mohd Danial dan Nur Athinia Ines.

.