Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara (Soalan + Jawapan)

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara (Soalan + Jawapan)

  1. Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
  • Pengaruh agama
  • Sistem Pendidikan
  • Kemunculan golongan intelektual
  • Pengaruh media massa
  • Sistem pengangkutan dan perhubungan
  • Pengaruh luar
  1. Mengapakah ‘dasar penjajahan barat’ ke atas Asia Tenggara menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat tempatan?
  • Sistem birokrasi barat tidak memberi peluang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam pentadbiran
  • Rakyat tempatan kekal dalam sistem ekonomi tradisional/ serba kekurangan Dasar ekonomi penjajah menindas rakyat tempatan Contohnya Sistem Tanaman Paksa/ Sistem Polo
  • Penjajah mewujudkan jurang sosial dengan rakyat tempatan Hanya berdampingan sesama mereka
  • Hanya bergaul dengan elit tempatan ( golongan bangsawan/ mereka yang berpendidikan barat)
  • Kebencian terhadap dasar keterbukaan penjajah terhadap imigran Penguasaan imigran dalam sektor ekonomi
  1. Apakah faktor-faktor luar yang membawa kepada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?
  • Kejayaan Jepun dalam Perang China-Jepun 1895
  • Kejayaan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun 1905
  • Perjuangan Jose Rizal di Filipina
  • Perjuangan Mahatma Ghandi untuk mendapatkan kemerdekaan India
  • Revolusi Inggeris
  • Revolusi Perancis
  • Revolusi Amerika Syarikat
  • Revolusi Bolshevik
  • Perjuangan Kuomintang
  1. Terangkan tentang penindasan dasar-dasar imperialis Barat yang membangkitkan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.
  • Dasar penjajahan Barat
  • menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat.
  • Sistem birokrasi barat
  • tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan terlibat dalam pentadbiran tempatan
  • Dasar mengekalkan rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional membekalkan makanan
  • tanaman paksa di Indonesia Sistem Polo di Filipina
  • Dasar mewujudkan jurang social tersendiri
  • Bergaul dengan golongan elit tempatan,golongan bangsawan dan pendidikan barat Dasar keterbukaan penjajah.
  • Membawa kemasukan imigran menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan Penguasaan Imagran dalam bidang ekonomi.
  1. Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina.
  • Gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal.
  • Disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.
  • Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
  • Bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti Sepanyol.
  • Bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
  • Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892
  • Bertujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
  • Kerajaan Sepanyol berasa terancam
  • Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao dan dibunuh atas tuduhan terlibat dalam pemberontakan.
  • Gerakan dakyah berakhir
  1. Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina.
  • Bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio.
  • Katipunan memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol
  • Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai
  • kemerdekaan melalui revolusi.
  • Katipunan menggunakan menyediakan media cetak untuk menyebarkan ahaman revolusi kepada rakyat.
  • Kalayan merupakan akhbar rasmi Katipunan.
  • Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892
  • Tahun 1896 – Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal.
  • Katipunan semakin lemah selepas Boniacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo (1897)
  • Emilio Aguinaldo ialah anggota Katipunan dan dilantik sebagai Datuk Bandar Cavite pada tahun 1895.
  • Beliau bersama-sama Bonifacio melancarkan pemberontakan(1896).
  • Emilio Aguinaldo dilantik sebagai Presiden Revolusi (1897).
  • Beliau bekerjasama dengan Amerika Syarikat.
  • Kesannya Amerika Syarikat menguasai Filipina
  • Pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo (1899) tidak disahkan oleh Amerika Syarikat
  • Revolusi diteruskan sehingga Agunaldo ditangkap (1901)
  • Amerika Syarikat membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan Parti Nasional memenangi pilihan raya (1907)
  • 1930-an – Nasionalis Filipina menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal.
  1. Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.
  • Memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan
  • Bagi mereka hanya pendidikan yang akan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita. Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda
  • Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepadapejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun.
  • Muhammadiyah merupakan pertubuhan terpenting pada tahap ini
  • Matlamat pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian.
  • Pertubuhan ini banyak banyak membina sekolah, klinik dan masjid.
  1. Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Indonesia.
  • Memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal seperti Sarekat Islam (SI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI)
  • Parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara kekarasan.
  • PNI di bawah pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya dapat mempengaruhi rakyat Indonesia.
  • Belanda yang semakin terdesak telah bertindak balas dengan menangkap pemimpin yang radikal termasuklah soekarno dan mengharamkan PNI.
  1. Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand
  • Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak
  • Penentangan sistem pendidikan Barat menyebabkan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelektual Thailand.
  • Rakyat tidak berpuas hati kerana kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh
  • Kesannya penubuhan Parti Rakyat (1932) oleh Nai Pridi Panomyong dan ield Marshall Phibul Songram
  • Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai 1932 yang menamatkan sistem raja berkuasa mutlak
  1. Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand.
  • Berpunca daripada perasaan tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang cina
  • Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebesan dan penguasaan ekonomi oleh orang cina.
  • Sekolah cina dan akhbar cina dibubarkan.
  • Penduduk peribumi digalakkan dilibatkan diri dalam aktiviti ekonomi Jawatan tertinggi kerajaan hanya untuk untuk penganut agama Buddha Tahun 1939 – Phibul Songram menukarkan nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas
  • Hasil daripada bekerjasama dengan Jepun Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu.
  1. Jelaskan iktibar daripada gerakan nasionalisme di Filipina.
  • Pemimpin berwibawa penentu kejayaan perjuangan
  • Pemimpin dan rakyat perlu bersatu
  • Perlu senjata yang canggih
  • Elakkan daripada bergantung kepada kuasa luar
  • Keberanian yang tinggi
  • Perlu pengetahuan yang tinggi
  • Strategi yang baik
  • Pertubuhan politik yang mantap
  • Media-massa berkesan dalam mencetuskan nasionalisme
  • Berwaspada dengan kuasa asing
  • Kuasa penjajah pandai bermuslihat
  1. Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik bagaimanakah anda dapat menzahirkan semangat nasionalisme terhadap negara?
  • Berilmu dan berkemahiran tinggi menjadi masyarakat Malaysia berminda kelas pertama
  • Hidup bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum agar negara harmoni
  • Menyokong dasar-dasar ekonomi negara agar pembangunan negara terus mapan/maju
  • Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara bagi menjamin kestabilan politik dan keamanan negara
  • Mengisi kemerdekaan negara agar kekal sebagai negara dan bangsa berdaulat
  • Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat dan rasa bangga.
  1. Sebagai warganegara Malaysia, apakah usaha yang perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat?
  • Mematuhi undang-undang
  • Menghayati Rukun Negara
  • Berbangga sebagai rakyat Malaysia
  • Berpegang kepada nilai sejagat
  • Bangga dengan kejayaan Malaysia
  • Bangga dengan kepelbagaian bahasa dan budaya
  • Bangga dengan keunikan negara
  • Mengambil iktibar peristiwa lalu
  • Berani berjuang
  • Berbangga dengan aset negara
  1. Jelaskan pengajaran yang perlu dicontohi oleh generasi hari ini daripada sejarah pemodenan pentadbiran di Thailand.
  • Berani meneroka bidang baru
  • Menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
  • Mengekal dan mengukuh perpaduan
  • Bersikap terbuka dan menerima pembaharuan
  • Pentadbiran yang sistematik
  • Menyokong dasar-dasar kerajaan
  • Berusaha untuk kecemerlangan diri
  • Pemimpin negara perlu bijaksana/berwawasan/berwibawa
  • Mengamalkan hidup berakhlak / bermoral / berdisiplin
  • Melaksanakan pemodenan pentadbiran
  1. Berikan cadangan merealisasikan hasrat pemupukan semangat nasionalisme yang berterusan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.
  • Mengadakan pameran berkaitan sejarah negara
  • Menerbitkan buku tentang tokoh nasionalis negara
  • Iklan patriotik dalam media massa / elektronik
  • Kempen mencintai negara
  • Sambutan Hari Kemerdekaan
  • Mengadakan pertandingan menulis esei tokoh pemimpin negara
  • Memperbanyak lagu-lagu patriotisme
  • Memperkasakan mata pelajaran Sejarah di sekolah
  • Lawatan ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
  • Penyertaan program sukarelawan

.