Bidang 5 – Nilai Berkaitan dengan Hak Asasi Manusia. Perkongsian soalan, nota, latihan, skema jawapan, bahan rujukan dan informasi terkini blog Usaha Padu dapat membantu para guru, pelajar dan ibu bapa. Para guru, pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk memanfaatkan semua bahan perkongsian blog Usaha Padu dengan sepenuhnya. Admin blog ini akan berusaha untuk mengemaskinikan bahan-bahan perkongsian dari semasa ke semasa.
.
BIDANG 5 – NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK
- Sebab-sebab kanak-kanak perlu diberi perlindungan
- Kanak-kanak ialah aset negara
- Kanak-kanak golongan yang tidak berdosa
- Kanak-kanak golongan yang lemah
- Peranan pihak-pihak berikut dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak
- a) Kerajaan
- Menguatkuasa akta untuk perlindungan kanak-kanak
- b) Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- Menganjur seminar untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat
- c) Individu/masyarakat
- Membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mempunyai maklumat mengenai kes penderaan
- Peranan ahli masyarakat dalam membendung kes penderaan kanak-kanak
- Memberi bantuan segera kepada mangsa
- Membuat laporan kepada pihak berkuasa
- Senarai hak kanak-kanak yang perlu dilindungi
- Mendapat pendidikan
- Mempunyai nama dan kewarganegaraan
- Mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan dan perlindungan
- Mendapat perlindungan ,peluang dan kemudahan istimewa
- Hak kanak-kanak
- hak mendapatkan keperluan asas, cth : makanan, tempat tinggal
- hak mendapatkan pendidikan, cth : persekolahan
- hak mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna, cth: mendapat rawatan ketika sakit
- hak membolehkan penyertaan, cth: pergaulan sosial
- Bentuk pengiktirafan terhadap kanak-kanak
- pengiktirafan secara lisan, cth: melalui pujian, kata-kata motivasi
- pengiktirafan secara bertulis, cth: melalui pemberian sijil
- pengiktirafan secara kebendaan, cth: hadiah, wang ringgit
- Kebaikan memberi pengiktirafan terhadap bakat dan potensi kanak-kanak
- menjadi satu bentuk motivasi agar mereka dapat berusaha mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi
- kanak-kanak lain meneladani penerima anugerah yang diiktiraf agar mereka juga berupaya mencapai kejayaan sedemikian.
- sebagai satu ruang dan peluang kepada kanak-kanak agar dapat mengasah bakat masing-masing / menampilkan imej positif.
- dapat membentuk pemikiran yang matang agar menjadi individu yang lebih berketrampilan
- 8. Kesan kanak-kanak yang terabai dalam aspek pendidikan.
- buta huruf
- menghadapi masa depan yang gelap
- mudah ditipu / dieksploitasi
- tidak bersikap berdikari
- tidak dapat menjadi seorang yang berilmu / perkembangan intelek terjejas.
5.2 MENGHORMATI HAK WANITA
- 1. Sumbangan wanita dalam pembangunan negara
- Berjuang dalam bidang politik
- Memajukan negara dalam bidang ekonomi
- Memperkenalkan seni budaya warisan bangsa
- 2. Cara pengiktirafan jasa wanita
- Menganugerahkan pingat
- Mengisytiharkan Tokoh Wanita
- Mengabadikan nama pada bangunan sekolah / jalan
- Matlamat Dasar Wanita Negara
- Mendapatkan hak yang sama rata dengan lelaki
- Memberi kebebasan kepada wanita menembusi sektor ekonomi, sosial, politik dan budaya
- Memberi peluang untuk mengemukakan pendapat dalam penggubalan dasar negara
- Objektif Dasar Wanita Negara
- Menjamin perkongsian pemilikan sumber dan maklumat yang saksama antara lelaki dan wanita
- Mengintegrasi kaum wanita ke dalam sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka.
- 5. Kebaikan Dasar Wanita Negara kepada wanita
- a) dari aspek pekerjaan:
- memberi lebih banyak peluang pekerjaan
- kenaikan pangkat
- peningkatan kerjaya melalui latihan-latihan
- membuat keputusan penting
- perlindungan dari aspek keselamatan di tempat kerja
- mengintegrasi kaum wanita ke dalam sektor pelancongan negara
- selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka.
- b) dari aspek peluang pendidikan
- peluang pendidikan seumur hidup
- peluang mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berterusan / peluang latihan vokasional
- Contoh-contoh tokoh dan sumbangan wanita di Malaysia
- Elizabeth Vaz ( Bidang Sosial-Kebajikan Wanita )
- Datuk Dr.Mazlan Othman ( Ketua Hal Ehwal Angkasa Lepas, PBB )
- Tan Sri Aishah Ghani ( Menentang Penjajahan British )
- Datuk Maznah Hamid ( Usahawan berjaya )
- Profesor Datuk Siti Zuraina Abd. Majid ( Detektif Arkeologi Malaysia)
- Datuk Siti Norma Yaacob ( Hakim Mahkamah Persekutuan )
- Datuk Nicole David ( sukan-Squash )
- Datuk Siti Norhaliza ( seni suara / penyanyi )
- Dato Michelle Yeoh ( Pelakon )
5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA
- Akta Kerja 1955 bertujuan untuk
- Memberi pelindungan kepada pekerja
- Memastikan tiada kontrak pekerjaan yang tidak mengikut peruntukan di bawah akta ini ditandatangani
- Perlindungan-perlindungan yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955
- Pembayaran gaji
- Hari rehat
- Tempoh jam bekerja
- Cuti Tahunan
- Hak-hak pekerja perlu dilindungi kerana:
- Memastikan pekerja tidak ditindas oleh majikan
- Memastikan kebajikan pekerja dipelihara
- Peranan Mahkamah Perusahaan:
- Menyelesaikan pertikaian antara majikan dan pekerja
- Melindungi pekerja daripada ditindas oleh majikan
- Peranan Kesatuan Sekerja
- Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja yang ditindas atau tidak berpuas hati tentang majikan
- Menghantar wakil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja dengan majikan mereka.
- Merujuk kes itu kepada Kementerian Sumber Manusia sekiranya rundingan tidak berjaya.
- Pertubuhan Antarabangsa
- Pertubuhan Buruh Antarabangsa ( ILO )
- Cara menghindarkan rasa tidak puas hati antara pekerja dengan majikan:
- Bersemuka, berunding dan berbincang sekiranya terdapat masalah.
- Pekerja harus melaksanakan tugasnya dengan baik.
- Majikan perlu mengambil berat akan kebajikan pekerja dan memahami masalah yang dihadapi oleh pekerja.
- Saling memahami antara pekerja dengan majikan.
5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
- Sikap yang patut ditunjukkan oleh ahli masyarakat terhadap golongan orang kurang berupaya.
- Memberi layanan yang sama rata
- Membantu mendapatkan pekerjaan
- Peluang-peluang yang diberi oleh kerajaan kepada golongan OKU.
- Peluang mengikuti kursus kemahiran
- Peluang untuk berkhidmat sebagai kakitangan awam
- Peluang untuk menyertai acara sukan di peringkat antarabangsa (Paralimpik)
- Cara-cara untuk mengiktiraf golongan ini
- Menyediakan kemudahan asas yang sesuai, contoh tempat pakir kereta/ tempat duduk dalam pengangkutan awam (bas)
- Memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha pencapaian mereka dalam semua bidang, contoh memberi elaun
- Tokoh OKU
- J.M Aziz ( Penyair tanah air)
- Ismail Mohd.Salleh ( ahli akademik )
- Hellen Keller ( aktivis kurang upaya )
- Ahmad Amil Usin ( atlet paralimpik )
- Mohd.Hisham Khairani ( atlet paralimpik )
- V.Jayan Subramaniam ( atlet paralimpik )
- Ibrahim Majid ( atlet paralimpik )
- Lee Sheng Chow ( atlet paralimpik )
- Cara masyarakat mengiktiraf OKU
- Menjaga kebajikan mereka.
- Menyediakan kemudahan untuk mereka.
- Menerima mereka sebagai sebahagian daripada pekerja yang boleh memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
- Memberi mereka peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diminati.
- Kemudahan yang disediakan kerajaan kepada OKU:
- kemudahan tandas
- kemudahan tempat meletak kereta
- pengubahsuaian pejabat untuk pekerja kurang upaya
- kemudahan pendidikan melalui sekolah khas
- Sebab masyarakat perlu menghormati OKU
- supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka seperti manusia normal.
- supaya mereka tidak tersisih daripada masyarakat.
- supaya mereka mendapat layanan yang adil dan saksama.
- supaya mereka boleh hidup berdikari / tidak bergantung kepada orang lain.
5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA
- Agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang melindungi hak pengguna.
- Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP)
- Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA)
- Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
- 2. Hak-hak asasi pengguna
- Hak untuk memilih
- Hak untuk mendapat maklumat
- Hak untuk mendapat ganti rugi
- Hak untuk mendapat keselamatan
- Kesan-kesan sekiranya hak pengguna di negara kita diabaikan:
- Pengguna akan dianiayai pengusaha / pengeluar
- Kualiti hidup merosot
- Kesihatan manusia terjejas
- Aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan Pendidikan Kepenggunaan
- Mengedarkan risalah tentang hak pengguna
- Siaran rancangan pendidikan pengguna di TV dan radio
- Mengadakan kempen kesedaran
- Pameran untuk memberi maklumat
- 5. Pihak bertanggungjawab membela hak pengguna
- Pengguna sendiri
- Orang awam
- Agensi kerajaan
- Pertubuhan pengguna
- Contoh eksploitasi ke atas pengguna
- Kekeliruan dari segi perlabelan tanda halal dan haram pada barangan
- Perlabelan barangan yang tidak lengkap
- Sukatan dan timbangan yang tidak mencukupi
- Tindakan menyorok barangan dengan tujuan menaikkan harga barangan tersebut
- Menjual makanan yang tidak berkhasiat / mendatangkan kesan buruk kepada pengguna / kanak-kanak.
- Tanggungjawab pengguna dalam membela hak-hak mereka
- Kesedaran mengkritik
- Tanggungjawab terhadap alam semula jadi / menjaga alam sekitar
- Melalui penglibatan dan tindakan
- Tindakan bersatu padu
- Tanggungjawab sosial
.